Saturday, March 7, 2009

Dear All,

We need your kind attention to highlight the uncalled for obstruction of the Ipoh OCPD Azizman Alias and the Perak State Secretary, Dato' Abdul Rahman Hashim against the 28 Pakatan Rakyat elected reps on 3 March 2009, from entering the State Building to attend a legitimate state assembly sitting called by the Speaker. The supposedly impartial OCPD and the SS should stop their favoritism immediately.

Therefore, we would like to request all of you to lodge a police report on both the OCPD and SS. Attached herewith is the sample of police report that you can use in lodging your report. Please send us a copy of your report to changlihkang@ gmail.com. Please include report number and the police station where the report is lodged.

Your kind attention and solidarity support is very much appreciated. Thank you!

Regards,

YB. Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong
Chairman of the Perak Back Benchers Club

[Sample of Police Report]
* Please modify if you are not from Perak


Saya adalah pengundi di kawasan XXXXX, Perak Darul Ridzuan.

Pada 3 Mac 2009, ahli Dewan Undangan Negeri kawasan saya, YB XXXXX bersama dengan 26 ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang lain berserta dengan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah dihalang oleh sekumpulan orang yang dipercayai penyokong UMNO dan juga pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Ipoh, ACP Azizman Alias untuk menghadiri persidangan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak.

Ahli-ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat telah dihalang secara salah dan tidak munasabah untuk memasuki Dewan Mesyuarat Bangunan SUK. Hanya Tuan Yang Dipertua Dewan dibenarkan untuk menghadiri persidangan Mesyuarat Ke-4, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak ke-12 yang ditetapkan untuk bermula pada 3/3/09.

Ahli-ahli Dewan Negeri Perak telah dihalang oleh polis atas arahan ACP Azizman dan setiausaha kerajaan negeri, Dato Abdul Rahman Bin Hashim.

Oleh demikian, saya percayai tindakan ini adalah menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan(Penal Code), di mana ACP Azizman, Dato Abdul Rahman Bin Hashim serta semua kakitangan dan pihak yang terlibat telah melakukan satu kesalahan apabila menghalang kemasukan Ahli Dewan Negeri Perak daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka sebagai wakil rakyat saya yang sah.

Dengan itu, saya sebagai rakyat Negeri Perak membuat laporan polis ini agar pihak polis menjalankan siasatan terperinci dan mengambil segala tindakan yang wajar supaya pihak mereka yang terlibat dalam menghalang wakil rakyat saya menjalankan tugas mereka itu dihadap ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

Laporan ini penting demi memulihkan demokrasi dan undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di Negeri Perak ini.

Sekian, laporan saya.

(NAMA)

No. I/C:

Tarikh:

No comments:

Post a Comment